Tuesday, September 30, 2008

puasa..,

best giler masuk bulan puasa ni..,
yang best bukan puasa sebenarnya(bagi orang2 jahil sepertiku), tapi sebab nak sambut hari raya..,
ye la, time macam ni la nak jumpe kawan2 aku..,
ye la, macam kitorang yang dah lepas spm ni, masing masing ada benda nak buat..,
macam aku, aku sekarang ada kat ipta, kawan2 aku macam tu gak..,
seronok la dapat berkumpul..,
tidak dilupa ibuku..,
kalau macam bulan2 lain malu ler nak mintak maap, bulan ni ler masanya..,

walaupun dah tak dapat duit raya lagi, tapi akan kusambut raya ini dengan semeriah mungkin..,

gadis bertudung putih..,

nak tahu kenapa gadis bertudung putih..???
sebenarnya saja je letak tajuk tu..,
ape yang penting bukan warna tudung, tapi tudungnya..,
jujur aku katakan aku lebih meminati gadis2 bertudung berbanding gadis freehair..,
rasa macam sejuk jer hati aku tengok gadis2 macam ni..,
hehe
bukan nak kata aku baik sangat sampai tak tengok aurat gadis, tapi aku rasa kalau gadis2 bertudung ni lebih baik dan kalau jadi teman hidup best gak..,

kesilapan makhluk mencipta

biasa tengok filem atau drama tak..???
nampak tak kesilapan biasa kira macam regular gak ar..,
kalau jam bunyi waktu pagi contohnya pukul 7, mesti diorang kelam-kabut dan cakap dah terlambat..,
padahal, diorang yang bunyikan pukul 7..,
pelik pelik.., haha
memang kelakar kan..,

Monday, September 29, 2008

institusi terhebat dunia..,

ape yang kumaksudkan dengan institusi terhebat dunia..???
institusi yang kumaksudkan ialah institusi keluarga..,
institusi dimana lahirnya aku, sahabat2ku, PM, raja2, dan ramai lagi..,
inistitusi ini akan dianggap berjaya jika dapat melahirkan anak2 yang berjaya..,
namun berjaya adalah subjektif untuk diukur..,
bagiku, selain berjaya di akhirat(kejayaan yang tidak diketahui sekarang), menggembirakan ibuku adalah sesuatu yang amat kukejar..,
bukti kejayaan institusi ini adalah aku sendiri..,
aku lah yang menjadi pengukur berjaya atau tidak institusi ini..,
namun akan kupastikan institusi ini berjaya, aku berjanji dan aku berusaha untuk itu..,

panas baran

panas baran memusnahkan insan..,
kerana aku telah mengalaminya..,
aku dikelilingi orang2 seperti itu..,
sikap itulah yang membawa kepada kemusnahan..,
jadi untuk apa aku bersikap seperti itu..,

Ya Allah, jauhkan aku dan sahabat2ku daripada sifat ini..,

mengeluh pada kesakitan

mengeluh pada kesakitan adalah hobiku ketika sakit..,
sedar tak sedar, kesakitan itu adalah ujian oleh MAHA AGUNG kepada insan kerdil berdosa ini..,
sepatutunya aku perlu berterima kasih dan bersyukur kepadaNYA untuk segala kurniaan walaupun ianya berbentuk kesakitan..,
kesakitan yang kualami tidak lah berat namun bagi insan beriman tipis sepertiku, aku hanya tahu mengeluh mengapa aku dikurniakan sakit itu..,
masih aku ingat pada pesanan ustazahku..,
"dalam dunia ini ada beribu-ribu jenis penyakit dan hanya satu terkena pada kita, kita harus bersyukur kerana tidak terkena penyakit yang beribu-ribu itu"..,
kata2 itu terngiyang-ngiyang setiap kali aku kesakitan..,

pesananku supaya sahabat2ku bersabar meniti hari dengan kesakitan kerana ingatlah ALLAH tahu yang terbaik untuk hambanNya..,

playboyz..,

hari2 indahku kuhabiskan bersama yus(bukan nama sebenar)..,
die lah sahabatku dari kecil..,
pernah aku tidak bertegur dengannya, agak lama, kini aku kembali bersamanya menghabiskan sisa2 cutiku..,
aku sangat bahagia kawan dengan die..,
satu perkara yang aku tidak suke ialah die suke bermain gadis..,
kalau setakat suke2 aku tak kisah sangat..,
tapi ini sampai tahap merosak anak dara orang..,

semoga engkau berubah..,
kerana engkaulah sahabatku..,

Sunday, September 28, 2008

sila komen untuk post ini..,

kenape kite bermaafan time raya dan bukannya bulan puasa..???
aku sangat konfius..,

sedekah terbaik dariku

setiap hari aku akan membaca sekurang kurangnyer 4 AL-FATIHAH, kusedekahkan..:

kepada ibuku

kepada ayahku

kepada Nabi

kepada diriku


Get Hari Raya Graphics Here

seronok..,

setiap raya aku akan menganyam ketupat..,

lagu raya

lagu raya kegemaranku "sepasang kurungan biru"..,

impian raya..,

hari raya ku akan kusambut bersama ibuku tercinta dan ayahku..,
semoga hidupku lebih bermakna di hari bahagia ini..,
harapanku setiap tahun ialah dapat bersama ibuku di raya tahun depan..,
kerana ibuku berusia 60 tahun..,

idola gitarku..,

gitar.., gitar.., gitar..,
aku dikelilingi orang2 yang bermain gitar..,
tapi idolaku dalam bidang gitar ialah JEFF JERRET(xtw ejaan sebenar) kerana die manghancurkan gitar..,

pengorbanan atau pengor betul

anda ada kawan..,
korbankan sesuatu untuk melihat kawan bahagia..,
kalau boleh jangan sampai die perasan akan pengorbanan itu..,

itulah pengorbanan bukan pengor betul..,

Saturday, September 27, 2008

aku pendendam..,

aku berani katakan ibu adalah orang yang sangat ku sayang..,
tapi bukan ayahku..,

ini jujur dari aku..,
aku tahu ini berdosa tetapi jika orang lain berada ditempatku, perasaan yang sama akan lahir..,
aku akan berusaha memadam persaaan itu..,
itu janjiku..,

penjenayah..,

ego..,
ego membunuhku..,
ego meragut persahabatanku..,
ego menyaksikan diriku tersisih dari rakan-rakanku..,

ego tidak sepatutnya ada dan tidak sepatutnya berada dalam kamus hidupku..,

ego kawan

aku sering bergaul dengan orang2 yang lebih tua dariku..,
aku amat seronok dengan itu tapi penerimaan mereka terhadapku amat mengecewakan ku.., mereka menganggapku seorang budak kecil yang tidak tahu apa2 melainkan bermain..,
jujur aku katakan, jika melihat kepada ilmu pengetahuan, aku tidak kurang dari meraka..,
pernah sekali aku menegur seorang ini dan die tidak menerima malahan hampir bermasam muka denganku tetapi selepas rakanku yang lain memberitahu apa yang kukatakan itu benar baru lah die berkata "ok"..,
tapi bagiku egonya itu amat menyinggung perasaanku dan aku berasa orang2 Melayu amat memandang rendah kepada orang2 yang lebih muda termasuk kawan2ku..,
ini kerana meraka berpegang peribahasa "lebih banyak makan garam"..,
secara jujur aku memberitahu peribahasa itu merosakkan persahabatanku..,

penagih itu kawanku..,

anda ada kawan seorang penagih..???
bagaimana penerimaan anda terhadap kawan anda..???
aku ada seorang kawan yang mengambil barang2 itu..,
tapi tidak pernah mengaku dan bila ditanya die hanye berkata "aku clean"..,
tapi aku dapat cam orang2 yang ambil barang2 ini..,
haruskah penagih diberi peluang kedua..???
bagi aku jawapannyer tidak, walau aku mati sekalipun, TIDAK..,
kerana peluang kedua hanya untuk bekas penagih bukannya penagih..,
semoga aku dan sahabat2 ku dijauhkan dari ini semua..,
AMIN..,

mana sahabat sebenar..,

di mana sahabatku..,
setiap kali aku anggap die sahabatku..,
pastinya die akan pergi..,
samaada pergi kepada orang lain,
berubah dan banyak lagi..,
adakah aku di takdirkan untuk tidak mempunyai sahabat..,

berkeluarga dengan sahabat..,

kawan2 amat penting dalam hidup..,
selepas keluarga merekalah pihak yang penting..,
dan berani ku katakan kawan2@sahabat2 lebih penting daripada keluarga di dalam beberapa situasi..,

kekasih di sisi sahabat..,

anda ada kekasih..???
jika ade, pastikan die hormat akan sahabat2 anda.., sekurang kurangnyer die akan senyum bile berjumpe sahabat2 anda..,
di sudut benakku pernah berkate, "jika aku ade kekasih dan die tidak hormat sahabat2 ku, maka akan ku putuskan hubungan ku dengan die..."

sahabat..???

ape itu sahabat..??
pelbagai difinisi sahabat di utarakan setiap orang..,
aku tidak ingat siape yang mengatakan ini.., "sahabat Nabi bukan hanya orang yang selalu berdamping dengan Nabi, tapi orang2 yang hidup sezaman atau hidup di zaman Nabi itulah sahabat Nabi"..,
dapat disimpulkan, jangan lah hendaknyer aku memilih siapa yang berhak berkawan dengan ku..,
ini peringatan untuk diriku sendiri..,

tidak semanis impian..,

konsep kawan yang aku pegang amat sukar ku jelaskan.., namun ape yang pasti aku tidak dapat merasai erti sebenar konsep kawan daripada orang2 disekelilingku yang ku gelar kawan dan sahabat..,

Friday, September 26, 2008

bahagia..,

bahagia..??? gembia..???
bagi diriku.., kebahagiaan tidak hanye kegembiraanku..,
tp kegembiraan sahabat2ku lebih penting..,
"senang bersame-same susah bersame-same"..,
perumpamaan ini tidak pernah kugunakan..,
kerana aku hanya akan berkongsi bahagiaku bersame rakan2..,
tapi tidak kesusahan..,
aku xkn biarkan sahabat2ku menanggung kesusahan yang kualami..,
biarlah senang kami bersame dan kesusahan ketanggung sendiri..,

harga darah jebat..,

cerita mengenai perlawanan berdarah antara Jebat dan Tuah amat banyak dan berbeza beza.., aku ambil 2 contoh.., ada yang mengatakan Tuah itu gadis maka Jebat hanya menyerah kalah.., yang ke2.., filem lakonan P Ramlee.., Jebat menyerahkan kerisnyer kepada Tuah kerana sedar Tuah akan terbunuh jika taming sari dalam genggamannyer..,
2 cerita yang berbeza.., tp kedua duanya menyaksikan Jebat tidak sanggup membunuh Tuah.., PERSAHABATAN..,

perbandingan agung pahlawan..,

Tuah adalah seorang yang sangat handal bermain senjata..,
Jebat pula pandai bermain senjata selain sangat mementingkan persahabatan..,

mitos kebanggaan..,

aku sedia maklum bahawa cerita mengenai pahlawan 5 bersaudara Melaka adalah rekaan.., hingga kini aku tidak pasti kebenarannyer.., tapi ape yang aku sangat pasti ialah aku mengagumi watak jebat sebagai satria Melayu dan akan ku ceritakan mengenainya kepada generasiku akan datang..,

hero sejati..,

hang jebat..,
kau adalah hero orang Melayu.., lambang persahabatan agung Melayu dan dunia..,
namanymu tenggelam dek status raja yang dianggap sentiasa betul.., tanggapan itu yang menyebabkan kau dibunuh oleh Tuah yang dianggap hero kerana kesetiaannyer kepada raja.., cerita mengenai pembunuhan Jebat tidak harus disiarkan kerana ianya tiada nilai moral yang berkaitan persahabatan.., yang perlu ditekankan ialah mengenai pemberontakan Jebat membela nasib sahabatnya yang telah dianggap abang, Tuah.., cerita ini amat jelas moralnyer..,
PERSAHABATAN..,