Friday, October 24, 2008

perasaan bercampur

hari ini aku sampai ke rumah dengan rasa gembire dapat jumpe ibu tersayang..,
berite gembire yang disampaikan ialah die jadi menunaikan haji pada tahun ni..,
seronok giler la..,
yang xbest tu die cakap " adik jangan pegi mane2, jaga pokok bunga mak kat umah"..,
hehehe sayang benor kat bunga tu.., hehe
ade yang xbest disebalik itu..,
perangai lame timbul kembali, perasaan dendam lameku muncul kembali..,
pada tika ini aku merasa aku ingin memberontak dengan cacian tanpa mengire ststusnye..,
tapi aku masih anak lemah yang mempunyai rase hormat..,
>DENDAM XKAN BERAKHIR<

Tuesday, October 21, 2008

care ludahan terhebat..,

dongakkan dagu..,
ludah ke atas..,

dendam..,

jika kena pada caranyer, kau akan menemuiku dengan keceriaanku..,
tapi jika sekali aku berdendam, berpanjangan perasaan itu kupendam..,
dendam merosakan hati..,
tapi aku berdendam..,
bosannyer pagi ni..,

bahagia..,

tarikh: 21 oct 2008
tempat: jalanraya (telepon)
masa: 8-9 pm
tibe-tibe telepon berdering, abangku yang jarang menghubungiku ditalian bertanya bila cuti semku bermula..,
tapi itu tidak terlalu penting, tujuan die bertanya ialah untuk memastikan aku pulang sebelum 22 nov, kerana ibuku ingin bertolak ke MEKAH pada tarikh itu..,
bile dengar saja ibuku akan pergi pada tahun ini, aku sangat gembira..,
sebab dah 2 tahun jugak die nak pergi, tapi tak kesampaian..,
aku sebagai anakmu, mendoakan supaya KHATIJAH BINTI SARPAN selamat sampai ke Mekah, mengerjakan haji dan selamat pulang..,
AMIN...

ludahnyer dijilat dengan rela..,

ludah sekarang..,
ludah..!!!!!
tapi jangan sesekali kau jilat kembali ludah itu..,
bila ludah dijilat maka jelaslah bahawa dirinya tidak berpendirian dan..,
p/s: walaupun kusut pebende yang aku tulis, tapi isinyer hanye aku yang tau, dan ada kisahnya..,

tarikh bersejarah..,

tempat: library
tarikh: 21 oct 2008
mase: tak ingat
saksi mata: t-su cute
pada tarikh dan mase ini serta bersaksikan "makhluk halus dalam kotak premier" (t-su cute, jgn marah)..,
aku hilangkan name die dari "top friend" aku di myspace..,
seiringan dengan itu, aku mula tawar hati untuk mengaku die kawanku..,
dan bila satu mase aku block myspacenyer, aku tidak teragak-agak berkate die bukan kawanku dan aku rela ingatanku bersamanyer diragut..,

Friday, October 17, 2008

kecian kak ming - 2

anaknya agak degil, yang tua gadis n lagi 2 kembar(laki n gadis)..,
anak 3orang jer..,
tapi cam xboleh nak harap..,
yang tua boleh ku katekan langsung tidak membantu ibunya..,
walau dalam tulisan ini aku menyokong kak ming..,
namun satu perkara yang aku tidak suke tentangnya ialah die suke keluarkan kate2 kesat semase marahkan anak2nya..,
mungkin itu sebabnya anak2 die agak tak mendengar kate..,

rokok..,

ape tu rokok..???
nape ramai orang ingin mencube dan ketagih dengannya..,
aku mula mengenali rokok pada tahun 2006 iaitu tahun aku mengambil spm..,
namun aku bukan perokok tegar yang setiap masa ingin menisapnya..,
aku menghisap kerana aku tension dengan situasi sekelilingku, di mane aku ingin mengambil spm (bukan sebab utama)..,
sebenarnya pendorong utama ialah, masalah keluarga yang membuatkan aku berdendam dengan satu pihak ini..,
bagi ku rokok mudah ditinggalkan mungkin kerana aku tidak selalu mengambilnya..,
hingga kini bila tension dan ada kelapangan aku akan isap rokok..,
tapi aku bersyukur kerana aku tidak ketagih dan kini aku di ipta, aku tidak mengambilnya..,
tapi jika dirumah aku tetap mengambilnya..,
aku sendiri tidak tahu sebabnya..,
di rumah, aku hanya isap di dalam bilik tanpa pengetahuan sesiapa termasuk rakan2ku..,
jadi hingga kini, tidak seorang pun teman ku tahu aku pernah dan sedang menjadi perokok..,
namun, masalah ialah bila aku berenti mengambil rokok secara mengejut jantungku agak..... ntah nak cakap cam mane..,
same juga jika aku mengambil rokok setelah lame tidak mengambilnya..,

Thursday, October 16, 2008

super arrogant..,

mak, ayah, orang2 tua..,
mereka adalah golongan yang ingin diri mereka di hormati..,
tapi kelakuan mereka langsung tidak menunjukan sepatutnya..,
mereka adalah golongan sentiasa benar (pada fikiran mereka)..,
dan ini peribahasa yang aku tidak suka namun sering digunakan "lebih dahulu makan garam"..,
anak2 belasan tahun sepertiku mungkin tidak terlalu bijak, namun dalam beberapa hal aku dapat rasakan aku lebih baik..,
tapi golongan ini tidak berasa begitu, mereka malu untuk menerima pandangan orang muda, malu untuk terima kesalahan, huhuhuhu
benda ini akan berterusan tanpa satu pihak pun sedar dan cuba perbaikinya..,
aku harap aku tidak begitu terhadap orang2 muda disampingku dan mungkin kepada anak2ku..,

teman yang tidak berteman..,

hingga kini aku masih menganggapnya kawan..,
walaupun dia tidak mahu menegurku lagi, tapi dia tetap kawanku..,
mungkin aku yang bersalah namun aku tidak tahu apa salahku terhadapnya..,
namun aku tidak mahu bercerita tentang ini kepada kawan2ku yang lain supaya meraka tetap berkawan dengan dia..,

darah..,

darah adalah amat penting bagi hidup kita..,
tapi itu bukan alasan bagi kaum2 laki2 seperti ku untuk mementingkan soal dara pada wanita..,
memang benar dara adalah darah, tapi mengapa dara ini menjadi ukuran oleh kaum adam untuk menilai seseorang gadis itu baik atau tidak..,
bagi ku sendiri, aku masih tidak mengerti mengapa satu hubungan ikhlas antara 2 kaum iaitu adam dan hawa boleh terlerai kerana isu dara ini..,
pecahnya dara bukan saja akibat hubungan laki2 dan gadis, tapi boleh berlaku dalam banyak hal, contohnya jika kuat bersukan, dara mungkin pecah..,
di sini aku ingatkan kepada sahabat2ku dan juga diriku sendiri supaya jangan memandang gadis dengan daranya..,
tapi akhlaknya..,

Friday, October 3, 2008

felda kesayangan..,

aku meminati mawi (bukan fanatik tapi respect) kerana dia adalah seperti lambang atau ikon kepada anak2 felda sepertiku..,
di felda ku sendiri, ada juga yang berjinak jinak dalam bidang seni, tapi mungkin tiada rezeki lagi..,
aku sangat bangga menjadi anak felda kerana aku dapat merasakan jika aku dilahirkan di keluarga yang berada, mungkin kemanisan hidup tidak munkin sama..,
tapi sejak kebelakangan ini, aku kecewa dengan anak2 felda dan cucunya yang tinggal di feldaku..,
ramai yang rosak akhlak (aku tidak ler baik sangat) hingga terbitnya video2 lucah mereka..,
kecewa memang kecewa..,
bagiku ini amat memalukan diriku sebagai anak felda,

kecian kak ming - 1

kak ming..,
rumah maknyer didepan rumahku, die boleh dikatekan sebagai OKU, OKU disebabkan kesilapan doktor..,
die diceraikan kerana suami "buaya"nya bermain gadis lain, jadi dia pun berpindah kembali kerumah parentz die iaitu depan rumah aku..,
malangnye, pembelaan yang diharap tidak hadir, malah die disishkan oleh family termasuk parentz die..,
die dihalau tetapi kemana harus dia pergi sedangkan itu rumah parentz n tempat die membesar..,
die selalu ke rumahku untuk bercerita tentang masalah dengan ibuku, aku turut bersimpati dengannya..,

Wednesday, October 1, 2008

abangku

abang kandungku hanya seorang..,
die berumur 21 tahun, walaupun aku dengan die tak sekepala, tapi aku rasa selepas mak aku aku sayang akan dia..,
yang best tahun ni, dia dah mula bagi aku duit raya..,
aku rasa best sangat walaupun nilai tak seberapa tapi aku dapat rasakan sesuatu yang sukar diungkap..,

kecewa..,

aku ada teman yang tidak ku tahu apa statusku baginya..,
antara perkara yang aku kecewa dengannya ialah sikapnya..,
satu contoh "dalam bulan puasa, selepas berbuka dia melihat video lucah hingga terlepas waktu maghrib, tapi selepas itu die berkata die ingin gantikannya"
bagi insan jahil agama sepertiku, aku melihat bahawa dia seperti memandang rendah kepada agama itu sendiri..,
bang nabil..!!! ape nak cakap..???? " lu pikir la sendiri"

malam bahagia

1 oct 2008
malam 1 oct iaitu mlam first raya aku keluar dengan kawan aku main PS..,
ye la, walaupun bulan syawal, aku dengan dia tetap berminat dan meluap-luap nafsu untuk bermain game..,
yang bestnya, lepas bermain game tu aku pergi beraya dengan sebilangan besar rakan2 sekelasku yang lelaki..,
walaupun hanya sempat beraya di 3 buah rumah saja, namun aku cukup bahagia bila aku dan diorang dapat ketawa bersama sama masih seperti ketika di sekolah..,
masing-masing dengan perwatakan masing-masing, aku masih dengan lawak2ku yang masih boleh diterima oleh mereka..,
malam ini(2 oct 2008), aku plan nak beraya lagi sebab sabtu atau ahad ni aku kena balik ke tempat aku belajar..,